Blogger Template by Blogcrowds

Cerita ditanah air kita….

Penulis Tamu PERTAMA

Akhbar mingguan terbitan gereja Katholik, Herald, menggunakan perkataan Allah sebagai ganti ‘God’ dalam bahasa Inggeris pada Khamis lalu,telah diputuskan membenarkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur .
Hakim Datuk Lau Bee Lan dalam keputusannya memberitahu Herald mempunyai hak pada sisi perlembagaan untuk menggunakan perkataan tersebut.

Begitulah pergolakan yang panas mengenai isu semasa di Malaysia walaupun berlainan ceritanya di China yang Berusaha Mengatasi Kesan Buruk Cuaca Sejuk Melampau di sana.

Perkataan kalimah “Allah” ialah hanya satu pengunaan maksud dan hanya boleh merujuk kepada konsep tuhan yang difahami oleh umat Islam sahaja. Dalam konteks masyarakat Islam dan Adat Melayu, yang menjadi isu panas dan kepada semua pihak diingatkan agar tidak menyalahgunakan perkataan Allah bertujuan untuk mengelirukan atau menjadikan isu tersebut sebagai politik murahan untuk kepentingan diri.

Namun, penggunaannya secara salah dan tidak bertanggungjawab harus dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama di negara ini.

Walaupun pelbagai huraian dan hukum dikeluarkan dari semua pihak, adakah kita mampu untuk memahamkan mereka.? Ada yang membolehkan dan ada yang menolaknya..

Kita sebagai hamba allah yang bergelar muslim haruslah mengandakan dakwah dan tarbiah agar kepada masyarakat Islam khususnya agar mereka lebih memahami agar tidak akan timbul jika kefahaman Umat Islam khususnya generasi muda kini terhadap konsep aqidah sudah jelas.

Kita perbanyakkan doa semoga agama Islam dipelihara dan pembelaan sewajarnya demi memastikan kesucian Islam terpelihara dulu kini dan selamanya. Sebagai mahasiswa yang belajar fiqh sewajarnya kita mampu untuk mengeluarkan fatwa sendiri mengenai isu panas ini dalam keputusan hukum dan siyasah syar’iyyah.

Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu Agamamu, dan telah Kucukupkan kepadamu nikmatKu dan telah Kuridhoi Islam itu jadi Agama Bagimu (Al Maidah: ayat 3)


Dan sesungguhnya, jika kamu (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: “Siapakah yang menciptakan mereka?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah!”. (jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan? Dan (Dia lah Tuhan Yang mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman!” (al-Zukhruf : 87-88).

Bagaimana kita hendah berhujjah dan pandangan silam dan kontemporari dan permasalahan fiqh??
Adakah kita sudah bersediauntuk menghadapinya??

Tepuk dada tanya Iman.

0 comments:

Newer Post Older Post Home