Blogger Template by Blogcrowds



Maszlee Bin Malik, dilahirkan di Johor Bahru dan membesar di sana sejak tahun
1974. Mendapat pendidikan awal di Sekolah temenggong Abdul Rahman 2 (STAR),
Johor Bahru dan kemudian di Maktab Sultan Abu Bakar (English College) dari tahun
1987 hingga 1989.

Kemudian beliau melanjutkan pelajaran ke Jordan pada tahun 1994. Ijazah dasar
beliau adalah dalam bidang fiqh dan usul fiqh dari Universiti Al-Bayt, Jordan
dan ijazah sarjana dalam bidang yang sama dari Universiti Malaya. Beliau pada
masa ini sedang menjalani pengajian peringkat Ijazah Kedoktoran (PhD) di United
Kingdom dalam bidang Sains Politik dan memegang jawatan pensyarah di Jabatan
Ilmu Wahyu dan Ilmu Kemanusiaan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Kuala
Lumpur.

Beliau juga aktif dalam NGO dan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan.
Beliau juga pernah menjadi penasihat agama Pertubuhan Kebajikan Saudara Baru
Darul Fitrah. Beliau adalah ahli aktif Pertubuhan Kebajikan Islam al-Nidaa yang
berpusat di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur dan pertubuhan Muslim
Professional Forum (MPF).

Selain itu, beliau adalah penasihat bagi beberapa pusat pendidikan islam di
Singapura. Selain menjadi pensyarah dan juga guru seni mempertahankan diri Sin
Bao Qi Gong, beliau aktif menulis di majalah-majalah seperti Majalah I dan
Perspektif. Beliau juga dalah kolumnis tetap laman web seperti
www.palestinkini.info dan www.eramuslim.com di Indonesia

Kebanyakan bidang penulisan beliau adalah berkisar isu Palestin, isu umat Islam
antarabangsa dan fiqh kontemporari. Sehingga kini, beberapa buah buku tulisan
beliau sudah diterbitkan antaranya Biografi Syeikh Ahmad Yassin, Persoalan Asas
Isu Palestin, Aspek-Aspek Keislaman, Road To Beirut, Soal Jawab Remaja Islam,
dan disertasi sarjananya yang bertajuk Hukum Talfiq Dalam Muamalat


0 comments:

Newer Post Older Post Home