Blogger Template by Blogcrowds

ORGANISASI PERTAMA KALI KE-4



IKLAN RASMI PERTAMA KALI KE-4




Hasrizal  holds a Bachelor of Sharia & Islamic Studies (Honours) from Mu’tah University, Jordan. Previously Hasrizal attended Izzuddin Shah School in Ipoh 88-92.
Building on his experience as Minister of Religion in Belfast Islamic Centre Northern Ireland, and several Islamic centres in the Republic of Ireland, as well as Assistant Director at Fitrah Perkasa, a training and consultancy firm in Malaysia, Hasrizal became the first Visiting Counselor and Muslim Chaplain at Malaysia’s National Heart Institute (IJN) in February 2007.
Earlier, Hasrizal was a public researcher at Research Centre for Islamic Art, History and Culture (IRCICA) Istanbul.
He is now a full time trainer at his own newly established consultation firm, Saifulislam Training & Consultancy (001813528-P).
Hasrizal who successfully launched his best seller book, AKU TERIMA NIKAHNYA, is also a columnist for ANIS (Galeri Ilmu), MAJALAH I (Karangkraf) and SOLUSI (Telaga Biru)
Married to Dr. Nazhatul Muna Ahmad Nasarudin, an Emergency Medicine Physician Registra in UKM Medical Centre (UKMCC), they are blessed with four beautiful kids, Muhammad Saiful Islam (2002), Naurah Sabihah (2004), Muhammad Imaduddin (2006) and Ahmad Muizzuddin (2009).





Maszlee Bin Malik, dilahirkan di Johor Bahru dan membesar di sana sejak tahun
1974. Mendapat pendidikan awal di Sekolah temenggong Abdul Rahman 2 (STAR),
Johor Bahru dan kemudian di Maktab Sultan Abu Bakar (English College) dari tahun
1987 hingga 1989.

Kemudian beliau melanjutkan pelajaran ke Jordan pada tahun 1994. Ijazah dasar
beliau adalah dalam bidang fiqh dan usul fiqh dari Universiti Al-Bayt, Jordan
dan ijazah sarjana dalam bidang yang sama dari Universiti Malaya. Beliau pada
masa ini sedang menjalani pengajian peringkat Ijazah Kedoktoran (PhD) di United
Kingdom dalam bidang Sains Politik dan memegang jawatan pensyarah di Jabatan
Ilmu Wahyu dan Ilmu Kemanusiaan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Kuala
Lumpur.

Beliau juga aktif dalam NGO dan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan.
Beliau juga pernah menjadi penasihat agama Pertubuhan Kebajikan Saudara Baru
Darul Fitrah. Beliau adalah ahli aktif Pertubuhan Kebajikan Islam al-Nidaa yang
berpusat di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur dan pertubuhan Muslim
Professional Forum (MPF).

Selain itu, beliau adalah penasihat bagi beberapa pusat pendidikan islam di
Singapura. Selain menjadi pensyarah dan juga guru seni mempertahankan diri Sin
Bao Qi Gong, beliau aktif menulis di majalah-majalah seperti Majalah I dan
Perspektif. Beliau juga dalah kolumnis tetap laman web seperti
www.palestinkini.info dan www.eramuslim.com di Indonesia

Kebanyakan bidang penulisan beliau adalah berkisar isu Palestin, isu umat Islam
antarabangsa dan fiqh kontemporari. Sehingga kini, beberapa buah buku tulisan
beliau sudah diterbitkan antaranya Biografi Syeikh Ahmad Yassin, Persoalan Asas
Isu Palestin, Aspek-Aspek Keislaman, Road To Beirut, Soal Jawab Remaja Islam,
dan disertasi sarjananya yang bertajuk Hukum Talfiq Dalam Muamalat


Kami Membuka Ruang Maya Kepada Para Sahabat Mahasiswa seJordan Untuk Berkongsi Pandangan Tentang Peranan Mahasiswa Timur Tengah Dengan Dunia Dakwah Dan Masa Kini!!
Hantarkan Karya Gempak Anda Kepada Kami!!



       Emailkan Kepada : 
  • pencacai_islam@yahoo.com
  •  mufazita_88@yahoo.com.sg


MAHASISWA MENGGASAK PERUBAHAN!!





Senarai wakil PERTAMA kali -4 untuk setiap mantiqoh!

        1) Mantiqoh Mu'tah 
  • Ustaz Nik Mohd Zaim Bin Salleh
        Tel : 0779072700

     
  • Ustazah Nurul Farhana Bt Saminin
        Tel : 0776687904

      Email : farha_asrar21@yahoo.com



            2) Mantiqoh Irbib  
  • Ustaz Azlan Shah
      Tel : 0779078680

       Email : azlanshahjb@gmail.com


  • Ustazah Nadhirah Sahri
          Tel : 0779974182

        Email : requimternam@yahoo.com

     

       3 ) Mantiqoh Mafraq   
  •  Ustaz Hasibullah bin roslan

         No Tel :0777283243
      Email :acb_dainwata90@yahoo.com
      
  • Ustazah Siti Nur Aisyah Mohd Juki
         Tel : 0776830439

     Email : fatatulmawa_paradise@yahoo.com.my





      4 ) Mantiqoh Amman

  •  Ustaz Syed Usamah Wafa
            Tel :0795314553

         Email : hamasu@yahoo.com

    





...................................................................................................................





  *Kepada sahabat dan teman mahasiswa seJordan di harapkan dapat mendaftarkan diri anda kepada wakil setiap mantiqoh sebelum terlambat!!


  *tempat terhad!!


  *gegaran idealisme mahasiswa seJordan pasti akan menjadikan dunia mahasiswa Islam timur tengah berpencak dan di pandang risau oleh musuh Islam!!


  *KERANA KITA ADALAH SATU!!







  Pengumuman Tentang Yuran PERTAMA 4!!

Salam Mahasiswa Buat Semua!!

Di Sebabkan pendaftaran amat memberangsangkan, maka dengan ini, AJK pelaksana PERTAMA 4 menyarankan kepada sahabat-sahabat mahasiswa seJordan agar mendaftarkan diri anda secepat mungkin kepada wakil-wakil setiap mantiqoh!!

Tempat terhad!!

Ramai teruja kerana panelis yang di jemput hebat-hebat belaka!!

Seorang di jemput khas dari Malaysia!!

Dan seorang lagi akan datang dari UK!!

Maka tentunya menjadikan ramai yang tidak sabar menanti kehadiran mereka!!


Yuran pendaftaran adalah sebanyak JD10.


Teramat murah andai hendak di bandingkan dengan panelis yang di jemput dari luar!!


Mahasiswa Menggasak Perubahan!!




Oleh:
Haji Abd. Ghani Haji Samsudin
Mantan Presiden Persatuan Ulama' Malaysia


لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ

حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا
"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharapkan (rahmat) ALlah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut ALlah".
(Surah Al-Ahzab: ayat 21)


قُلْ هَلْ نُنَبِّئُكُمْ بِالْأَخْسَرِينَ أَعْمَالًا(103)الَّذِينَ ضَلَّ سَعْيُهُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ يَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ يُحْسِنُونَ صُنْعًا(104)أُولَئِكَ الَّذِينَ كَفَرُوا بِآيَاتِ رَبِّهِمْ وَلِقَائِهِ فَحَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فَلَا نُقِيمُ لَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَزْنًا(105)
"Katakanlah: apakah kamu pernahll Kami jelaskan kepada kamu tentang orang-orang yang pekerjaan mereka di dunia ini ialah (pekerjaan) yang sia-sia, sedangkan mereka menyangka bahawa mereka telah bekerja dengan sebaik-baiknya".
"Mereka itu ialah orang-orang kufur terhadap ayat Tuhan mereka dan (kufur terhadap pertemuan dengan Allah. Sebab itu (nilai) pekerjaan mereka jatuh hapus) dan Kami pun tidak akan memberikan apa-apa pertimbangan nilai terhadap (usaha) mereka pada hari kiamat kelak".
(Surah Al-Kahfi: ayat 103-105)

Muqaddimah

Kecemerlangan (excellence) merupakan suatu aras pencapaian khidmat, kualiti pengeluaran dan sebagainya yang mencecah piawaian tertentu, samada kepuasan pelanggan, pengikut, orang ramai, rakan sekerja, mahupun majikan. Kecemerlangan selalunya dihubungkaitkan dengan nilai-nilai atau traits keperibadian tertentu, atau malah mutu perlaksanaan kerja tertentu yang terbaik dan memuaskan Allah atau manusia pada masa yang tertentu. Pendekata ia merangkumi sejumlah ciri-ciri keunggulan yang mampu dimiliki oleh seseorang, kumpulan atau organisasi. Semua orang ingin memiliki sesuatu yang dapat dibanggakan. Mereka ingin menjadi unggul dalam serba-serbi. Manusia memang makhluk yang ingin mencapai self-actualisation iaitu membuktikan kewujudan diri. Ia mahu mendapatkan satu macam kepuasan batin dan penerimaan masyarakat terhadap dirinya. Ini dianggap sebagai salah satu keperluan asas manusia mengikut huraian Maslow tentang theory of basic need.


Di antara yang dicita-citakan oleh manusia ialah suatu keperibadian yang terbaik, terpuji, sempurna dan cemerlang bagi dirinya sendiri. Mereka merasakan keperibadian yang baik dapat membekalkan diri mereka dengan persyaratan-persyaratan kejayaan dalam menghadapi pelbagai cabaran dalam hidup. Peribadi menentukan nilai diri. Ia lebih penting daripada keturunan, pangkat, dan harta benda. Manusia disanjung lantaran peribadinya yang mulia dan cemerlang bukannya kerana pangkat atau keturunannya semata-mata.


Kecemerlangan, jika dihubungkaitkan dengan kepirnpinan mahasiswa, ia bermakna wujudnya beberapa ‘figure’ pemimpin dan kualiti kepimpinan organisasi mahasiswa yang mampu mencapai serta memenuhi piawai atau standard yang terbaik dan memuaskan para pengikut atau malah umat yang menyaksikan agenda bertindak dan operasi organisasi yang berkenaan.


Ada beberapa faktor yang menentukan kecemerlangan kepimpinan mahasiswa. Fakto-faktor tersebut antara lain ialah:


1. Dasar perjuangan yang diredhai Allah


Dasar perjuangan mahasiswa mestilah berlandaskan nilai-nilai Islam Mahasiswa sebagai kumpulan manusia berilmu dan sentiasa mencari ilmu perlu mendampingkan keilmuan mereka dengan irnan, Islarn dan ihsan. Mereka perlu konsisten memperjuangkan Islam serta mendukung kepimpinan Islam yang menyanjung kepimpinan para pewaris nabi atau para alim ulama'.


Allah berfirman
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَخُونُوا اللَّهَ وَالرَّسُولَ وَتَخُونُوا أَمَانَاتِكُمْ وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ
"Hai orang-orang yang beriman, janganlah lwn mengkhianati ALlah, Rasul dan apa yang telah diamanahkan kepada kamu; padahal kamu mengetahuinya"
(Surah al-Anfal: ayat 27)


2. Strategi operasi serta gerak kerja yang berkesan.


Perlaksanaan gerak kerja berharakah memerlukan strategi bertindak yang rapi dan teratur Tanpa strategi yang sesuai dengan fiqh al-Muwazanat serta fiqh al-Awlawiyat maka organisasi mahasiswa sukar meraih kecemerlangan seperti yang diidamkan.


Fiqh al-Muwazanat bermakna keupayaan untuk menilai mana yang lebih penting diutamakan antara sekian banyak (Masaleh) maslahah (kepentingan), dari sudut kadarnya, pengaruhnya, skop liputannya serta jangka hayatnya


Ia juga bermakna keupayaan untuk menilai mana yang lebih buruk padahnya dari sekian banyak keburukan yang ada, mana yang paling mustahak dihindari terlebih dahulu dan mana pula yang boleh dibiarkan seketika. Ia juga bermakna keupayaan membuat tarjihat antara maslahah dan mafsadah apabila kedua-duanya tampil serentak dalam sesuatu isu atau persoalan. Sehinggalah dapat dibuat kesimpulan yang tepat samada diutamakan menghindari mafsadah dari meraih maslahah atau sebaliknya diutamakan meraih maslahah dengan menanggong sedikit kesan dari mafsadah yang berkaitan.


Fiqh al-Aulawiyat bermakna meletakkan sesuatu pada kadar martabatnya. Apa yang patut didahulukan tidak ditangguhkan. Manakala yang patut ditangguhkan tidak didahulukan. Yang besar tidak dianggap kecil, begitu juga sebaliknya.


Amal salih menurut al-Qur'an mempunyai martabat masing-masing. Nilainya tidak semestinya sama. Golongan pemimpin mestilah peka terhadap hal ini.
ALlah berfirman:
أَجَعَلْتُمْ سِقَايَةَ الْحَاجِّ وَعِمَارَةَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ كَمَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَجَاهَدَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ لَا يَسْتَوُونَ عِنْدَ اللَّهِ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ(19)الَّذِينَ آمَنُوا وَهَاجَرُوا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ أَعْظَمُ دَرَجَةً عِنْدَ اللَّهِ وَأُوْلَئِكَ هُمْ الْفَائِزُونَ(20)
"Adakah kalian menyamatarakan (nilai kebaikan) antara orang yang memberi minum orang-orang haji serta memakrnurkan Masjid al-Haram dengan orang-orang yang beriman dengan ALlah, hari akhirat dan mereka berjihad di jaian ALlah. (Sesungguhnya) tidak sama (nilai antara keduanya) di sisi ALlah. ALlah tidak memberi petunjuk terhadap kaurn yang zalirn. Orang-orang yang beriman, berhijrah dan berjihad di jalan ALlah dengan harta dan nyawa mereka di sisi ALlah lebih tinggi darjat mereka dari orang lain. Mereka itulah orang-orang yang berjaya"
(Surah at-Taubah: ayat 19 - 20)


3. Struktur organisasi serta memiliki perlembagaan yang baik


Kejayaan sesuatu organisasi,banyak bergantung kepada strukturnya yang baik. Perkara seperti ini diatur oleh perlembagaannya yang komprehensif di mana agihan kuasa antara lembaga-lembaga yang ada diwujudkan secara yang terbaik. Tidak terjadi perkara-perkara yang menghalang kerja-kerja organisasi.


Perlembagaannya tidak memungkinkan penyelewengan secara berleluasa Mekanisme untuk memperbaiki kelemahan organisasi sentiasa terbuka.


4. Figure kepimpinan yang cekap serta berketrampilan


Kepimpinan yang terlatih dan berpengalaman dalam menghadapi politik kampus sudah pasti akan lebih berjaya dari kepimpinan yang mentah dan kurang berpengalaman. Lebih jauh kepimpinan yang mempunyai bebagai kemahiran sudah pasti akan menempa kejayaan yang lebih cemerlang.
Selain daripada beberapa sifat di atas, kepimpinan mahasiswa hendaklah mempunyai ketrampilannya menggarapi aspek-aspek berikut:


a) wawasan politik yang jelas


Kepimpinan di kampus adalah anak tangga untuk kepimpinan di peringkat yang lebih tinggi. Wawasan politik yang benar seharusnya telah ditemui dan diyakini dari peringkat kampus lagi sehingga ianya semakin kukuh dan bercambah di peringkat nasional dan antarabangsa. Sekiranya perkara ini masih kabur dan tidak mantap di peringkat mahasiswa lagi maka kelewatan menemui wawasan politik Islam yang sebenar merupakan titik kelemahan yang ketara


b) ketrampilan berkomunikasi, mampu menguasai pelbagai bahasa


Kelompok mahasiswa yang dipimpin kini bukan hanya suatu bangsa. Oleh kerana itu para pimpinan organisasi mahasiswa masa kini perlu menguasai bahasa lingua franca; samada Bahasa Inggeris ataupun Bahasa Arab, selain daripada bahasa ibundanya. Mereka perlu cemerlang dalam penguasaan mereka terhadap bahasa-bahasa ini. Dengan penguasaan yang cemerlang mereka berupaya menyampaikan mesej secara lebih berkesan dan convincing.


c) ketrampilan moniver


Pimpinan organisasi mahasiswa perlu memiliki kemahiran merentasi halangan cita-cita organisasi. Mereka mustahak menguasai seni mengemudikan konflik untuk mencapai tahap perlaksanaan yang lebih tinggi dan maju. Mereka perlu berupaya meraih kemenangan melalui laluan sukar dan halangan yang getir.


d) memiliki keperibadian Islam yang baik


Pimpinan mahasiswa Islam yang baik ialah yang mempunyai ciri-ciri ketaqwaan seperti yang diperincikan oleh Al-Qur'an.


5. Aktivis yang gigih, kreatif serta inovatif


Pemimpin mahasiswa tidak lahir dari kekosongan. Ia lahir dari kalangan massa mahasiswa sendiri. Ia (pemimpin) mencerminkan nilai atau kualiti keunggulan mahasiswa itu sendiri. Pemimpin yang cemerlang lahir dari lautan siswa yang cemerlang, gigih, kreatif dan inovatif. Kejayaan pemimpin bukan mutlak daripada pemimpin tetapi juga kerana adanya kerjasama, sokongan dan sikap kesetiaan terhadap jamaah dan sikap ingin melihat jamaah berjaya.


Hubungan timbal balik yang positif antara pemimpin yang baik dengan para pengikut yang gigih sudah pasti menghasilkan peningkatan dalam mutu kerja aras pencapaian organisasi.


6. Kelengkapan teknologi yang berkesan


Untuk membayangkan organisasi mahasiswa lengkap dan penuh sarat dengan peralatan teknologi canggih seperti yang dimiliki oleh sektor korporat atau awam yang advance sudah pasti suatu igauan yang indah. Apa yang dimaksudkan ialah, organisasi mahasiswa mempunyai peralatan teknologi yang minima untuk membantunya beroperasi secara berkesan. Sekurang-kurangnya alat komputer, mesin cetak, faks, telefon dan lain-lain yang setaraf dengan tuntutan zaman kini. Kekurangan yang terlalu menjolok dalam hal ini menjauhkan organisasi berkenaan dari tahap cemerlang.


7. Leadership program yang berkesan


Suatu mekanisme yang penting dalam memastikan kesinambungan wawasan kepimpinan pelajar dan mahasiswa Islam ialah wujudnya sistem leadership yang baik untuk menampilkan pemimpin pelapis yang berwibawa. Pemimpin yang berfikiran kreatif, setia dengan prinsip dan dasar organisasi.


Organisasi mahasiswa yang cemerlang adalah organisasi yang mampu menyediakan golongan pelapis yang competent untuk menggarap cabaran zamannya dan zaman-zaman yang akan datang. Mereka harus berupaya menampilkan golongan pernimpin yang lebih bijak, lebih berketrampilan dan canggih daripada yang ada sekarang. Lumrahnya cabaran masa depan lebih sengit dan gawat berbanding dengan masa kini.


8. Taufiq dan inayah Allah


Seandainya segala keperluan dan prasyarat untuk maju dan cemerlang telah dimiliki maka suatu faktor yang tidak boleh tidak mesti diperolehi oleh organisasi mahasiswa Islam ialah taufik dan inayah Ilahi. Barakah dan limpah kurnia Allah perlu ditagih dengan amalan amalan ibadah, do'a, zikir dan munajat. Hanya dengan limpahan kurnia Allah, keampunan dan restu-Nya, kecemerlangan duniawi akan mempunyai makna yang lebih diyakini. Sebab itu, organisasi mahasiswa Islam semestinya tidak lekang dengan program Qiamullail, khemah ibadah, halaqah zikir dan lain-lain.


Kesemua nilai-nilai di atas jika diadun dengan baik akan menghasilkan kecemerlangan. Apatah lagi dalam persaingan masyarakat yang serba rencam ini kualiti dan kecemerlangan mahasiswa tidak lagi merupakan satu pilihan, tetapi sudah menjadi syarat mutlak untuk survival atau meneruskan kelangsungan perjuangan. Mahasiswa tidak bergerak dalam ruang yang kosong. Mereka dilengkari oleh persekitaran yang mempengaruhi sikap, minat dan peribadi tiap-tiap individu. Justeru itu budaya gerak-kerja mahasiswa harus didasari oleh nilai akhlak dan etika pergerakan yang baik serta berkesan. Dalam hal ini jika mahasiswa terus-terusan berada di takuk lama, tanpa mahu merebut semua peluang meningkat diri secara agresif, sudah pasti mereka akan terus terpinggir.


Keselarasan Roh dan Pemikiran Dalam Gerakan Kemahasiswaan


Kecenderungan masyarakat dewasa ini kembali kepada ajaran dan nilai-nilai Islam agak ketara. Ini sejajar dengan proses kematangan pemikiran ummat setelah melalui sekian banyak Peristiwa-peristiwa yang mengandungi suka duka hidup. Sudah pasti keinginan dan keghairahan untuk kembali menghayati Islam sedemikian rupa memerlukan skima pemikiran yang mantap, jelas dan kaya dengan inspirasi, modal dan gagasan baru dalam berbagai aspek. Islam yang hendak dihayati itu tentulah Islam dalam bentuk yang setaraf dengan cabaran, wawasan dan tuntutan masa kini. Ia perlu segar dan mempunyai unsur tajdid.


Dalam menangani situasi begini, gerakan mahasiswa harus sedar bahawa kehadiran serta peranan mereka akan menjadi lebih dominan serta bersemarak, kiranya mereka dapat memastikan bahawa keghairahan untuk menghayati Islam tersebut memerlukan mereka sendiri bahkan setiap aktivis yang dididik memiliki roh dan pemikiran Islam. Roh dan pemikiran Islam terjunam kukuh serta dapat diselaraskan di semua peringkat pengikut serta penggerak organisasi. Keselarasan ini harus merangkumi kesedaran tentang:


1. Islam ialah suatu Manhajul Hayah (sistem hidup) yang sepatutnya menjadi dasar negara dan budaya ummah
2. Kesempurnaan Islam (syumuliyatu 'I-Islam) dan ajarannya perlu berfungsi dalam masyarakat
3. Keperluan bergerak dalam satu rangka pemikiran yang selaras, searah dan dalam satu wadah pergerakan dengan fiqh prioritas syara' yang mu'tabar
4. Kemestian menolak aspek-aspek salbiah (negatif), ittikaliah (tawakal yang tidak bertempat), pessimistik dan faham sekularisme dalam amalan dan pemikiran
5. Kemestian mengasaskan ilmu atas dasar yang integrated (sepadu), sempuma dan selaras dengan nilai-nilai rabbaniah
6. Kemestian menuju ke arah kepimpinan yang mempunyai ilmu yang mutakamil (sepadu) dan memililci ciri-ciri warathatun-Nubuwah (pewaris ciri-ciri kenabian) untuk mengurangkan berlakunya kemungkinan-kemungkinan negatif
7. Keperluan menghargai wadah-wadah Islam yang lain serta sumbangan masing-masing dalam membawa ummah ke arah peningkatan hidup secara Islam
8. Peningkatan kesedaran sosio-politik untuk menghadapi pelbagai cabaran dalam segenap peringkat dan bidang, sama ada peringkat pasca komunisme, mahupun peringkat New World Order
9. Penggarapan apa yang boleh dicapai dalam batas kemampuan dan kesempatan masa kini.
10. Kepentingan meningkatkan akhlak dalam konteks pergerakan dan juga berinteraksi dengan individu serta masyarakat.


Gerakan Kemahasiswaan dan Isu-isu Akhlak


Seperti yang telah disebutkan di atas, ternyata kebelakangan ini kita menyaksikan usaha-usaha yang cukup ghairah untuk mencapai kecemerlangan dalam setiap bidang. Kita juga sedar bahawa kecemerlangan tidak sahaja ditentukan oleh teknik pengurusan serta bantuan alat semata-mata, tetapi lebih dari itu ia ditentukan juga oleh faktor kemanusiaan, atau nilai-nilai insan itu sendiri.


Dalam mencapai aspirasi pembangunan misalnya, manusia adalah unsur yang paling menentukan kejayaannya. Pembangunan tidak bererti jika manusia itu sendiri runtuh. Justeru itu nilai-nilai akhlak amat perlu diberi penekanan dalam gerakan kemahasiswaan agar pembangunan yang ingin digarap seimbang dengan nilai-nilai keislaman. Tidak ada ertinya pembangunan tanpa kesehjahteraan dunia dan akhirat.


Tatacara menangani masalah-masalah masyarakat mesti difahami dengan tepat dan direalisasikan dalam berbagai lapangan hidup. Malah disertai dengan rasa tanggungjawab iaitu dengan menganggap jatuh bangunnya gerakan Islam, nasib ummah adalah di tangan golongan pencinta Islam yang sepatutnya bingkas berbuat bergerak menyusun rancangan dan sebagainya Sikap lemah, acuh tak acuh adalah sikap mukhallafun (golongan yang enggan berjuang) yang dibenci oleh ALlah.
Semangat dan usaha menentang setiap yang bemama kemungkaran pula harus berkobar atau dikobarkan. Tanpa semangat ini iman akan menjadi lesu. Tekad jihad akan menjadi lemah dan tidak mampu menampilkan daya juang ke taraf maksikma. Roh yang tidak ada keazaman berjihad adalah roh yang masih bergelumang dengan semangat jahiliah seperti yang pernah ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w.
من مات ولم يغز ولم يحدث نفسه بغزو , ومات على شعبة من النفاق

"Barangsiapa yang mati dan tidak berjihad dan tidak pernah bercita-cita untuk berjihad, mati dalam keadaan munafik".


ما ترك قوم الجهاد إلا عمهم الله بالعذاب

"Mana-mana kaum yang meninggalkan jihad nescaya ALlah akan mengenakan rnereka dengan seksaan yang merata."


Keunggulan, keagungan dan keindahan Islam sudah begitu banyak diperkatakan. Apa yang belum dikotakan dan ditampilkan dengan konkrit untuk zaman ini ialah contoh-contohnya yang nyata dan realisasinya. Setiap aktivis Islam berkewajipan membuktikan ajaran Islam itu dalam diri, keluarga dan wadah pergerakan mereka. Kita sepatutnya menjadi Ummatan Wassatan yang boleh memainkan peranan sebagai syuhada' 'linnas. Ini adalah suatu cabaran dan tanggungjawab yang besar dan berat. Mampukah gerakan mahasiswa memikul beban ini? Apakah kita berdaya atau mampu melaksanakan tugas-tugas Khaira umatun ukhrijat linnas (ummah terbaik) yang ditampilkan kepada manusia? Inilah cabaran yang menunggu jawaban praktikal daripada kita sekalian.


Perlu disedari gerakan kemahasiswaan harus menekan persoalan gerak kerja dakwah yang berkesan, dengan praktik akhlak Islam yang betul dalam konteks haraki Lantaran tanpa akhlak pembelotan, pengkhianatan dan sindrom individu tercicir dari gerakan dakwah akan berlaku. Sejarah telahpun mencatatakan fenomena ini, di mana figure yang 'gagah' dan mantap sekalipun boleh tercicir. Kita khuatir dengan adanya sindrom ini persaudaraan bertukar menjadi permusuhan, idealisme hanyalah ibarat impian di siang hari.


Memang tidak mudah untuk berpaut dengan nilai-nilai murni seperti yang ditegaskan oleh ALlah. Apatah lagi dalam suasana yang penuh dengan ransangan yang menarik manusia supaya melutut kepada tuntutan syahwatnya. Tidak mudah untuk mengamalksn sikap-sikap mulia dan akhlak-akhlak yang luhur dalam kemelut masyarakat yang menghakis segala daya tahan dan daya juang aktivis Islam. Tepat seperti yang ditegaskan oleh ALlah:

"Kalaulah tidak kerana kurnia dan rahmat ALIah nescaya tidak ada seorang pun dari kamu yang disucikan (jiwa dan hati nuraninya) ".


Tidak dapat dibayangkan betapa suramnya gambaran nasib umat sekiranya golongan pendakwah khususnya mahasiswa Islam gagal menghayati nilai warisan ini. Kalau mereka gagal mencapai cita-cita besar yang merujuk kepada pengembalian penghayatan Islam maka ini adalah suatu yang malang. Akan tetapi yang lebih malang ialah apabila nilai-nilai suci dan murni agama ini gagal dihayati dalam peringkat diri, keluarga dan wadah sendiri. Untuk mengelakkan hal ini maka para Dai' harus mengatasi kelemahan diri masing-masing.
Abu Nasr As-Saraj menyatakan bahawa dari segi adab manusia terbahagi kepada tiga peringkat:
- Ahlu 'd-Dunia: kebanyakan realisasi adabnya ialah dalam bentuk (memperelok) gaya bahasa dan kefasihan, menghafal ilmu dan sya'ir gurindam.
-Ahlu 'd-Din: kebanyakan manifestasi adabnya ialah mengasuh diri, mendisiplinkan anggota, menjaga batasan ALlah dan meninggalkan tuntutan syahwat.
- Ahlu' I Khususiah : kebanyakan latihan disiplin diri mereka ialah menjernihkan hati, mengelokkan batin, menunaikan janji (antara hamba dan tuhannya), menjaga waktu, kurang melayani perasaan dan lintasan filciran (yang tidak bermakna), sikap dan bicaranya sopan ketika memohon, ketika mendekatkan diri kepada ALlah;


Tanpa bersikap prejudis kita percaya gerakan mahasiswa mampu mencipta budaya kerja serta arus pergerakan yang cemerlang, kiranya mereka dapat memanfaat, menggarapi serta menanamkan roh serta nilai-nilai unggul agama sebagai teras serta arah perjuangam Semangat kecemerlangan mcmang cukup menyerlah dalam pelbagai aspek ajaran Islam. Allah sendiri menyatakan diri-Nya dengan sifat-sifat superlatif seperti Ahsanu 'I-khaliqin (Pencipta yang terbaik), Ahkamu 'I-hakimin (Hakim yang mengungguli segala hakim) dan sebagainya manusia sendiri dinyatakan sebagai makluk yang berkualiti tinggi - ahsani taqwim (ciptaan terbaik).


Penutup


Sudah sekian lama gerakan mahasiswa berperanan di tengah-tengah masyarakat. Malah sudah sekian ramai juga pimpinan serta pengikutnya yang datang dan pergi dengan cita-cita masing-masing. Sejarah kemahasiswaan telah mencatitkan bahawa mereka berkebolehan melahirkan satu force, satu mainstream atau satu tenaga bertindak serta satu kekuatan perubah yang amat dihargai masyarakat.



Gerakan kemahasiswaan, dengan gandingan serta gabungan tenaga cendikiawan dan ulama' seperti yang sedang berlaku ini perlu ditingkatkan dalam kadar kekuatan serta kelemahan masing-masing. Barisan penda'wah mesti diperkukuhkan dengan ukhuwwah, mahabbah dan tajarrud ilaLlah (ketulusan niat dan tekad perjuangan semata-mata kerana ALlah). Kelompok pimpinan mahasiswa serta pengikut yang prihatin amat memerlukan keazaman, kebijaksanaan, kesabaran serta kesungguhan dalam bekerja bagi merealisasikan gerakan mahasiswa yang mantap untuk mencapai cita-cita seperti yang diidam-idamkan.


Terlalu banyak ruang dan bidang yang boleh dihubungkan dengan usaha-usaha mencapai kecemerlangan. Dalam kesempatan yang terbatas ini kita tentu tidak dapat memperincikan semuanya. Gerakan mahasiswa Islam yang peka dan arif dapat merasakan keperluan-keperluan yang mendesak dalam konteks merealisasi kebangunan Islam. Misalnya dalam bidang dakwah, komunikasi, alat-alat bantu yang bercorak Islam dan lain-lain.


Setiap ruang, yang kecil dan besar menunggu dan mengharapkan sumbangan umat Islam yang ikhlas dan bersungguh-sungguh. Tanah-tanah pusara dan tukang belulang yang reput di seluruh dunia menjadi saksi atas pengorbanan sekian banyak pejuang Islam yang tidak kenali yang tidak pernah mendapat apa-apa bintang kehormatan duniawi yang fana. Jika pejuangan bukan kerana ALlah, nescaya hidup dan usaha mereka menjadi sia-sia


.Apa yang dikemukakan di sini ialah beberapa pandangan serta panduan ringkas ke arah mencapai kecemerlangan dalam gerakan kemahasiswaan yang ternyata masih mempunyai jalan yang berliku. Ranjau-ranjau penghalangnya pula masih wujud dari dalam dan luar. Justeru itu usaha sebegini merupakan langkah yang perlu didokong oleh seluruh mahasiswa Islam. Persatuan Ulama' Malaysia, melalui Sekretariat Pelajarnya yang telah ditubuhkan pula akan tetap bersedia membimbing, memberi panduan dan menunjuk-ajar, jika perlu, terhadap mana-mana perkara yang dikira sesuai. Hanya kepada Allah kita bertawakkal serta berserah, innahu La haula wala quwwata illa biLlah.


Newer Posts Older Posts Home