Blogger Template by Blogcrowds


Dalam meniti arus perubahan yang semakin mencengkam pemikiran umat manusia, dogma pemikiran baru menjadi harapan bagi golongan Mahasiswa untuk menjadi ‘front liner’bagi membawa masyarakat kearah yang lebih di redhoi oleh Allah swt.

Hakikat yang perlu kita teladani dalam sejarah cukup untuk membuktikan bahawa golongan pemuda adalah pemangkin dan ‘emas’ yang cukup berharga bagi sesebuah negara.

Malah jalan cerita dalam melahirkan golongan muda yang hebat, banyak di nukilkan di dalam al-Quran.

Allah s.w.t. berfirman yang maksudnya:

“Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk. Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: “Tuhan kami ialah Tuhan yang menciptakan dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain daripadanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran.”

(Al-Kahf : 13 – 14)

Maka tidak hairanlah apabila Sukoerna dengan lantang pernah mengungkapkan kata-kata keramat iaitu “ berikan aku 10 orang pemuda yang gagah perkasa, nescaya akan ku goncangkan dunia ini”.

Juga ketika mana Umar al-Khattab mengutuskan warkah kepada Amr bin al-‘As “Aku menghantarkan kepadamu 4004 orang tentera yang mana di dalamnya terdapat empat orang komander. Setiap seorang daripada mereka setaraf dengan 1000 orang

Menyedari akan peri pentingnya dalam melahirkan mahasiswa yang berjiwa kental serta kritis dan kreatif dalam pemikiran, juga kuat pegangannya terhadap Aqidah Islamiah, maka Majlis Perwakilan Pelajar Mahasiswa Jordan ( MPPMJ ) akan menganjurkan suatu acara tahunan iaitu ‘Persidangan Tahunan Mahasiswa Malaysia seJordan’ ( PERTAMA ) untuk kali yang ke-4.

Serba Ringkas Tentang PERTAMA.

Persidangan Tahunan Mahasiswa Malaysia seJordan atau lebih dikenali sebagai program PERTAMA telah diadakan buat kali pertamanya pada 27-29 Jun 2001 dengan telah berjaya menghasilkan beberapa resolusi yang melibatkan kebajikan mahasiswa Malaysia di Jordan, isu-isu semasa tanahair serta dunia ketika itu.

Setelah 6tahun berlalu, PERTAMA kali ke-2 pula menyusul pada 6-8 Februari tahun 2008 yang lalu. Banyak resolusi yang telah dihasilkan dan semuanya menjurus kearah memperkasakan lagi MPPM di mata ahli dan memperantarabangsakan MPPM di mata dunia.

Seterusnya, MPPM sesi 2008/2009 telah cuba membentuk satu jawatankuasa pelaksana bagi melaksanakan PERTAMA kali ketiga melalui Biro Pembangunan Minda dan Akademik(BPMA). Persidangan ini amat penting buat mahasiswa Malaysia di Jordan dan MPPM sendiri dalam usaha untuk mempertingkatkan tahap keintelektualan dan menggilap imej mahasiswa Malaysia di Jordan.

Justeru itu, dalam mencabar minda baru di era globalisasi, sekali lagi PERTAMA tampil dengan imej dan pendekatan yang baru sesuai dengan iklim politik dunia yang mahukan ‘approache’ yang ‘up to date’.

PERTAMA Itu Jadikan Kita Satu

Cerita menarik PERTAMA yang lepas cukup untuk membuktikan betapa Mahasiswa di Jordan bersidang dan berkumpul sebagai tanda peduli terhadap kejadian yang berlaku mutakhir kini.

Hakikat yang lebih menarik, di situlah tempat kembali sahabat-sahabat seJordan berkumpul dan merapatkan soff ukhuwwah.

Bukan sekadar bersidang, berbincang, bertukar pandangan, malah jauh dari sudut yang lain, ia menjadi satu ukuran buat dunia mahasiswa, bahawa ‘Kita Adalah Satu’!

Akhir bicara, jumpa kembali PERTAMA di Dataran Syuhada’, Mu’tah!

Nantikan bersama!!


0 comments:

Newer Post Older Post Home