Blogger Template by Blogcrowds

ETIKA PESERTA SEPANJANG PROGRAM PERTAMA 2010

PAKAIAN SYABAB :
1. Berpakaian kemas seperti kemeja atau baju Melayu .
2. Berseluar slack atau bewarna gelap.
3. Memakai kot / winter kot (Berwarna gelap).
4. Memakai kasut yang bersesuaian.

PAKAIAN AKHAWAT :
1. Berjubah atau berbaju kurung.
2. Bertudung labuh atau mengikut syara’.
3. Memakai Kot / winter kot (Berwarna gelap).
4. Memakai kasut yang bersesuaian.

ETIKA DI DALAM DEWAN :
1. Duduk di tempat yang disediakan .
2. Tidak berbuat bising dan menumpukan sepenuhnya perhatian pada persidangan.
3. Tidak dibenarkan makan dan minum didalam dewan persidangan.
4. Keluar masuk dewan dengan tertib dan tidak menimbulkan kekecohan.
5. Menjaga pergaulan yang dituntut oleh syara’.
6. Tidak merosakkan harta-benda yang ada didalam dewan persidangan.
7. Menutup atau silent telefon bimbit anda.
8. MENGIKUTI SEGALA ARAHAN JAWATANKUASA YANG BERTUGAS SEPANJANG PERSIDANGAN.

•SEKIRANYA TERDAPAT SEBARANG MASALAH ATAUPUN PERTANYAAN SILA RUJUK KEPADA JAWATANKUASA YANG BERTUGAS DIDALAM DEWAN.
•KERJASAMA ANDA UNTUK SAMA-SAMA MENJAYAKAN KELANCARAN MAJLIS AMAT-AMAT KAMI HARAPKAN.


Sila Ambil Perhatian!!

1 ) Kepada Syabab ( mantiqah lain sahaja ), anda di kehendaki membawa selimut ( terpulang kepada masing-masing samaada tebal@nipis ) sendiri kerana bekalan selimut dari tuan rumah tidak mencukupi.

2 ) PENTING!! : kepada penerima anugerah yang tidak mendaftar, anda di kehendaki menghantar wakil sahaja untuk menerima anugerah anda!!

3 ) Kepada sahabat-sahabat dari mantiqah luar yang datang sendiri ( Irbid, Amman dan Mafraq ) dan tidak mendaftar, pihak program tidak akan menyediakan tempat tinggal, makanan dan sebagainya.

4 ) Kepada peserta, antum di kehendaki membayar yuran JD10 dan memberi nama kepada wakil mantiqah masing-masing sebelum tiba ke tempat program bagi mengelakkan kesulitan sewaktu program berlansung.

5 ) Peserta akan turut di bekalkan dengan kupon makanan dan sila pastikan sebelum mengambil makanan, anda menyerahkan kupon kepada ajk makanan yang bertugas.


*Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan Unit Perhubungan.

• Ustaz Nik Mohd Zaim Bin Salleh
Tel : 0779072700

• Ustazah Nurul Farhana Bt Saminin
Tel : 0776687904

Updated !!

TENTATIF PENUH PERJALANAN PROGRAM
PERTAMA 2010
[ DEWAN MASRAH , MUTAH UNIVERSITY ]
Oleh : Unit Program PERTAMA

Hari Pertama - 12 Februari 2010 (Jumaat)


08:00-08.30    Ketibaan para peserta ( peserta luar mutah terus ke dewan program)

08:30-09:00    : Sarapan Pagi dan Ketibaan TYT Duta Besar Malaysia Ke Amman

09:00-11:30         : Majlis Perasmian Pembukaan PERTAMA
                                                                            : pengumuman ketibaan dan lagu kebangsaan
                                : Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
: Bacaan Ayat Suci Al-Quran
: ucapan Presiden MPPM sesi 2009/2010
: Ucapan Rektor Universiti Mu’tah
: Ucapan Perasmian  TYT Duta Besar Malaysia Ke Amman           
: Acara Majlis perasmian
Majlis Anugerah- Anugerah Khas Pelajar 
                                                 : Penyampaian Hadiah Pelajar Cemerlang
                                                 : Anugerah Khas Pelajar

: Persembahan khas PERTAMA 2010
                                : Jamuan VIP
: taklimat perjalanan keseluruhan program.

11:30-12:45     : Rehat, Makan Tengahari dan Solat Jumaat

01:15-02:45     : PEMBENTANGAN KERTAS KERJA (1)
                                                  TAJUK : Profesional dan Ustaz Di Dalam Dakwah
                                                  PEMBENTANG : Hasrizal Abdul Jamil PEMBENTANGAN KERTAS KERJA (1) :
                                                 
02:45-03:15    : Rehat dan Solat Asar

03:30-05.00     : PEMBENTANGAN KERTAS KERJA (2) :
                                                  TAJUK : Di Antara Dua Realiti- Malaysia dan Jordan (Pertembungan Uruf)
                                                  PEMBENTANG : Heizal Hezri

05:00-06:00   : Makan Malam dan Solat Maghrib

06:00-07:30  : PERBENTANGAN KERTAS KERJA (3)
   TAJUK : Wacana Baru Graduan Timur Tengah di Malaysia(Dakwah Rentas Agama)
                                                  PEMBENTANG : Maszlee Malik

08.00-11:00  :  Acara Khas PERTAMA 2010.
11.15             : Bersurai ke tempat penginapan

Hari Kedua - 13 Februari 2010 (Sabtu)

06:30               : Bertolak ke tempat program

07:00-07:30     : Sarapan Pagi

07:30-07:45    : Ketibaan para jemputan

08.00-09.30   : PEMBENTANGAN KERTAS KERJA(4):
  TAJUK : Meneladani Sejarah di Dalam Dakwah
                                                  PEMBENTANG : Hasrizal Abdul Jamil                                        


10:00-11:30      : PEMBENTANGAN KERTAS KERJA(5):
TAJUK: Dunia Pasca  ‘Clash of Civilisation”: melakarkan konsep saling memahami di antara tamadun.
                                                 PEMBENTANG : Maszlee Malik

12:00-01:00     : Rehat, Makan Tengahari dan Solat Zohor

01:00-02:30     : PEMBENTANGAN KERTAS KERJA(6):
                                                  TAJUK : Realiti Dakwah di Malaysia
                                                  PEMBENTANG : Hasrizal Abdul Jamil                        

02:30-03:00    : Rehat dan Solat Asar 

03:00-04:30     : PEMBENTANGAN KERTAS KERJA (7) :
                                                  TAJUK : Fitnah Dakwah ( Hadith Fitan tentang Da’ie)
                                                  PEMBENTANG :  Maszlee Malik           


04:30-05:30     : Solat Magrib,REHAT dan makan malam

05:30-07.15     : Sesi SOAL JAWAB : PERTAMA 2010.

07:15  - 8.30     : Majlis penutup PERTAMA 2010.


# Tertakluk kepada sebarang pindaan.
# Makluman Penting  kepada semua peserta Luar Mutah
- Peserta luar mantiqah Mutah akan sampai ke mutah pada pagi jumaat dan terus ke dewan Program.

Sebarang bentuk perntanyaan boleh berhubung terus dengan unit Program di talian :

1. 0779722486 
2. 0779394880
3. 0777696855



  Dakwah Islamiah merupakan suatu usaha untuk membentuk pemikiran dan sikap manusia supaya berada di dalam satu acuan dan landasan yang ditentukan oleh Allah s.w.t . Di dalam meniti  arus modenisasi  kita melihat pelbagai cabaran yang dihadapi di dalam mereliasasikan usaha dakwah. Evolusi bangun dan jatuhnya tamadun islam seharusnya dijadikan panduan untuk menjana gelombang baru dalam gerakan dakwah yang hebat dan berkesan. Analisis yang jitu, kemas dan tepat atas kelemahan dan kekuatan membantu mengukuhkan struktur bangunan dakwah islamiah bagi melahirkan khairu ummah.
Apa itu Dakwah?
Dakwah dari sudut bahasa membawa makna seruan dan ajakan. Pengertian istilah dakwah banyak sekali, di antaranya menurut Sheikhul Islam Ibnu Taimiyah adalah mengajak seseorang agar beriman kepada Allah dan apa yang dibawa oleh Rasul-Nya dengan membenarkan apa yang diberitakan dan mengikuti apa yang diperintahkan.
Dakwah merupakan jalan para rasul dan para pengikutnya. Rasulullah diutuskan untuk berdakwah kepada tauhid iaitu mengesakan Allah dan menyeru manusia kepada akhlak yang mulia.
Demikianlah dakwah merupakan jalan hidup Rasulullah dan pengikutnya, sebagaimana firman Allah:
قُلْ هَذِهِ سَبِيلِي أَدْعُوا إِلَى اللهِ عَلَى بَصِيرَةٍ أَنَاوَمَنِ اتَّبَعَنِي وَسُبْحَانَ اللهِ وَمَآأَنَا مِنَ الْمُشْرِكِي
Katakanlah:”Inilah jalan (agama)ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik”. (Surat Yusuf:108)

Kesedaran Dalam Dakwah
Dakwah dan amar ma’ruf merupakan prasyarat untuk membentuk khairu ummah. Seandainya umat tidak mahu melaksanakan dakwah, maka kerugian yang besar dan umat islam akan mengalami kemunduran dari pelbagai aspek dan bidang di dalam kehidupan.


Mulianya umat dengan DAKWAH dan kerugian disebabkan meninggalkan dakwah. Allah berfirman:
كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ  (110)
“Kamu semua adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia menyuruh kepada yang ma’ruf, mencegah dari yang mungkar dan beriman kepada Allah.”(Ali Imran: 110).
Dakwah merupakan pekerjaan terbaik, hal itu sesuai dengan firman Allah:
وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلًا مِمَّنْ دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ (33)
“Siapakah yang lebih baik perkataannya dari pada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal shalih dan berkata sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri.” (Fussilat: 33).
Adapun orang yang berdakwah semata  mengharapkan redha Allah dalam dakwahnya, maka Allah akan memberikan padanya balasan yang setimpal. Hal itu sesuai dengan sabda Rasulullah SAW :
لِأَنْ يَهْدِيَكَ اللهُ بِكَ رَجُلاً وَاحِدًا خَيْرٌ لَكَ مِنْ أَنْ يَكُوْنَ لَكَ مِنْ حُمُرِ النَّعَمِ. (رواه مسلم).
“Sungguh jika Allah memberi petunjuk kepada seseorang melalui engkau (dakwah engkau) maka itu lebih baik bagimu daripada engkau memiliki unta merah.” (Hadis Riwayat Muslim)
Tanggungjawab Dakwah
Kita telah melihat bagaimana kepentingan dakwah di dalam melahirkan khairu ummah (umat yang terbaik). Pendakwah itu adalah kita, di dalam diri umat islam itu sendiri kita sebenarnya punyai tanggungjawab di dalam merealisasikan dakwah. Dan kitalah golongan yang beruntung itu sekirannya kita sama-sama memikul amanah dakwah itu.

وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ (104)
Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar; mereka adalah orang-orang yang beruntung. (surat Al-Imran:104).



Sabda Rasulullah SAW,
مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ الإِيمَانِ، رواه مسلم
“Barang siapa yang melihat satu kemungkaran, maka ubahlah dengan tangannya, jika tidak mampu maka dengan lisannya dan jika tidak mampu maka dengan hatinya, dan itu selemah-lemahnya iman” (Riwayat Muslim).
Di dalam menyebarkan dakwah itu kita memerlukan penampilan pendakwah yang fleksibel. Memiliki persiapan dan kelengkapan yang secukupnya dalam perkara-perkara yang berhubungan dengan keilmuan yang hendak disampaikan , keadaan kekuatan dan dirinya, keikhlasan dan tahap kesabaran yang tinggi. Seterusnya ketekunan dalam mempelajari dan mendalami al-Quran dan as-Sunnah di samping mempelajari ilmu pengetahuan semasa serta pengusaan dalam bidang sains dan teknologi.
Hakikatnya dakwah ila Allah merupakan tanggungjawab dan juga merupakan kewajipan yang disyariatkan dan menjadi tanggungjawab yang harus dipikul oleh kaum muslimin keseluruhannya. Ini bermakna setiap muslim itu dituntut untuk berdakwah sesuai dengan kemampuan dan peluang yang dimilikinya. Oleh yang demikian, seharusnya semangat berdakwah harus ada di dalam diri kita untuk menyebarkan Islam ke mana dan di mana sahaja kita berada. Oleh itu dakwah tidak terbatas kepada golongan yang hanya mempelajari agama.

Maghribi dan Sasaran Amanah Dakwah
Majoritinya pelajar yang menuntut di bumi Maghribi adalah terdiri daripada pelajar jurusan pengajian islam dan pengajian bahasa arab.
Tidak dapat dinafikan lagi bahawa pelajar yang menuntut ilmu shariah nampak begitu jelas peranannya di dalam memikul amanah dakwah islamiah.
Oleh itu, kesempatan emas untuk mengutip mutiara ilmu di bumi jejak ilmuwan Islam usahlah dipersiakan. Penggalian khazanah ilmu perlulah diteruskan dan sifat tamak dalam mempelajari ilmu bukanlah suatu yang merugikan. Malah masa yang dimiliki pantas dimanfaatkan untuk untuk bertalaqi dengan ulama-ulama terkemuka. Maghribi juga  mempunyai ramai tokoh dan ulama ilmuan Islam yang berusaha untuk memartabatkan agama-Nya. Terkenal dengan  ilmuwan Islam yang hebat di dalam bidang seperi Maqasid Syariah dan Fikru Islami dan Hadis. Antaranya ulama terkenal  seperti Al-marhum Dr Farid Ansari dan Sheikh Muhammad Zouhal.
Namun, secara realitinya usaha dakwah bukan seratus peratus terletak  di bahu mereka yang berada di dalam jurusan dan bidang agama. Tanggungjawab kita sebagai seorang muslim untuk menyebarkan dinul Islam sebenarnya secara amnya dipikul oleh setiap muslim itu sendiri. Malah sekiranya mereka yang merupakan ahli bahasa, ahli sains, atau  pakar komputer, mereka juga punyai tanggungjwab dan amanah di dalam memikul dakwah Islamiah. Oleh itu dakwah tidak terbatas kepada golongan yang hanya mempelajari agama.
Mentaliti tanggungjawab dakwah bukan urusan setiap orang islam menjadikan urusan dakwah hanya dibiarkan hanya kepada sekumpulan orang sahaja. Kerjasama dan pertolongan sukar diberi oleh golongan yang beranggapan sedemikian walaupun golongan tersebut memiliki kepakaran, wang ringgit, kepimpinan dan sebagainya. Akibatnya dakwah jadi lesu dan tidak profesional.
Kelebihan yang besar  sebenarnya kepada mereka yang dapat melanjutkan pelajaran di negara arab walaupun mereka tidak mengambil jurusan agama. Jalan serta peluang mereka untuk mendalami agama di samping ilmu takhassus mereka sangat luas. Contohnya dapat menguasai bahasa arab dengan baik dan ini sangat membantu di dalam pemahaman Al-Quran dan membaca kitab-kitab agama. Mereka juga berpeluang untuk menghadiri majlis-majlis ilmu ataupun bertalaqi al-quran secara terus dengan ulama-ulama. Secara tidak langsung membantu mereka mendalami ilmu agama dengan lebih baik.
Kesimpulannya, dalam melahirkan khairu ummah wajib ke atas umat islam bersatu padu di dalam memikul amanah dan melaksanakan dakwah islamiah. Tiada jalan mudah untuk mengembalikan semula kegemilangan tamadun islam tanpa usaha dan kesedaran umat islam itu sendiri. Sikap mengasingkan diri dan menolak tanggungjawab terhadap orang lain itu hanya merugikan umat islam sendiri.

Wallahu a3lam…
(NAZIRA BINTI ALIS)
Timbalan Setiausaha Kehormat 2,
Persatuan Mahasiswa Malaysia Maghribi
Sesi Perkhidmatan 2009/2010.








Dakwah di bumi Shamrock



Oleh : Persatuan Pelajar Islam Malaysia Ireland (PPIMI)

Ireland berkongsi sejarah yang hampir sama dengan Malaysia kerana kedua-duanya pernah melalui zaman penjajahan British. Perjuangan rakyat Ireland membebaskan diri daripada British, sepertimana Malaysia, didorong oleh faktor agama, di mana rakyat Ireland memperjuangkan nasib agama Kristian Katholik yang telah ditindas.   Namun, bangsa kolonial telah menguburkan segala-galanya yang menjadi kebanggaan dan jati diri masyarakat Irish termasuklah bahasa Gaelic. Sejarah yang panjang telah mencorakkan negara Celtic ini dan kita semua melihat Ireland pada hari ini sebagai satu  kaleidoskop yang menarik, penuh keramahan, keterbukaan dan kebebasan, yang pastinya menggamit sesiapa sahaja yang ingin mencari erti kedamaian. Tidak hairanlah Ireland tersenarai di tempat ke-5 sebagai negara yang menjadi rebutan untuk warga dunia bermastautin.

Migrasi umat Islam ke Ireland terutama daripada negara Arab sudah masuk generasi ke-3. Islam terus berkembang subur di bumi Shamrock ini lebih-lebih lagi dengan Dublin menjadi  pusat Majlis Fatwa dan Kajian Eropah yang berpusat di Masjid Clonskeagh. Dalam tahun 60-an, Ireland menerima tempias semangat gerakan dakwah daripada negara jirannya United Kingdom, yang suatu ketika dahulu menjadi tempat bangkitnya kesedaran dakwah di kalangan mahasiswa Islam. Para mahasiswa termasuklah pelajar Malaysia yang dihantar oleh kerajaan untuk menuntut di kedua-dua negara ini telah membawa hasil tarbiyyah yang diterima sepanjang pergaulan mereka dengan muslim di sini untuk merancakkan lagi dakwah islamiah di tanah air. Persatuan-persatuan pelajar, gerakan tabligh, Islamic Student Society (ISOC) di universiti tumbuh seperti cendawan selepas hujan kerana pada era ini golongan muda-mudi mula berkesedaran ingin kembali berpegang kepada ajaran Islam yang sebenar.

Bercerita tentang taburan pelajar, universiti-universiti di Ireland seperti RCSI, UCD, NUIG, UCC dan  TCD diiktiraf sebagai universiti terkemuka atau kilang pengeluaran graduan-graduan doktor Malaysia yang hebat dan berkaliber. Berbeza daripada United Kingdom, sebahagian besar pelajar tajaan kerajaan di Ireland mengambil jurusan perubatan. Hanya sebahagian kecil sahaja  pelajar  yang mengambil bidang perniagaan dan perakaunan.  Merujuk kepada kata-kata Dr. Yusof Al Qaradhawi,

“ Apabila kita hendak melihat wajah negara pada masa hadapan, lihatlah generasi mudanya pada hari ini, sekiranya golongan muda pada hari ini adalah dari kalangan yang berakhlak dan berhemah tinggi, tentunya negara kita akan datang adalah sebuah negara yang aman makmur ‘ baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur” tetapi jika keadaan adalah sebaliknya maka bersedialah untuk berhadapan dengan kemungkinan buruk yang akan berlaku”.

Oleh yang demikian, mahasiswa-mahasiswa perubatan ini merupakan pelaburan terbesar negara dan cerminan kepada masa depan Malaysia. Realiti gerakan dakwah di Ireland pada hari ini menunjukkan sinar harapan apabila, golongan pelajar perubatan adalah mereka yang terkehadapan memacu aktiviti bercorak dakwah di Ireland. Tidak rugi kiranya pelaburan yang dibuat oleh kerajaan dengan memberikan biasiswa jika modal insan yang dilahirkan adalah cemerlang dari sudut duniawi dan juga ukhrawi. Pelajar-pelajar Malaysia menjadi aktivis contoh di pentas dakwah apabila mereka menunjukkan budaya kerja yang professional, bersemangat, berintegriti dan penuh tata susila. Tidak keterlaluan jika dikatakan FOSIS dan ISOC digerakkan hampir seratus-peratus oleh pelajar-pelajar Malaysia. Kita bukan sahaja menjadi contoh budaya kerja kepada muslim dari negara yang lain tetapi dengan izin Allah menjadi asbab tersebarnya dakwah kepada masyarakat bukan Islam.

Trend dakwah di Ireland kini menumpukan kepada usaha memberi kefahaman  Islam kepada pelajar Islam Malaysia terlebih dahulu. Oleh itu banyak program dan aktiviti yang disusun khusus untuk pelajar muslim Malaysia sahaja. Aktiviti seperti usrah menjadi medan dakwah khusus bagi persatuan Islam sejak sekian lama. Persatuan mahasiswa seperti Persatuan Pelajar Islam Malaysia Islam Ireland(PPIMI) umpamanya  terus teguh sebagai sebuah persatuan Islam berkebajikan yang mendapat kepercayaan daripada warga Malaysia Dublin selama hampir 30 tahun.  Pelbagai program tarbiyyah telah dilaksanakan seperti halaqah mingguan, Hari Helwa, Perhimpunan Ukhuwwah Insaniah Seluruh Ireland  (PUISI), Malam Apresiasi Seni Asosiasi Islam (MASAI) dan sebagainya. PPIMI juga memelebarkan jaringan yang erat dengan persatuan pelajar lain samada di dalam atau di luar bumi Ireland ini. Bahkan, persatuan-persatuan pelajar Islam di seluruh UK dan Ireland membentuk sebuah jaringan  dakwah yang sangat sistematik di mana pelajar-pelajar berpeluang melancong di sekitar kedua-dua negara ini sambil menimba ilmu.

Di sebalik kerancakan gerakan dakwah ini, menjadi satu cabaran yang besar bagi persatuan-persatuan pelajar di sini membentuk sinergi yang berkesan, lebih-lebih lagi dengan kewujudan persatuan-persatuan yang terlalu banyak. Aktiviti-aktiviti berbeza dengan matlamat yang hampir sama menjajahi tarikh-tarikh kosong dalam taqwim tahunan pelajar. Bagus, kerana itulah caranya mengisi masa terluang dengan bermanfaat. Tetapi terlalu banyak aktiviti, sehingga hilang proriti bukanlah satu petanda yang baik terhadap hala tuju gerakan dakwah di Ireland. Lebih-lebih lagi, kebanyakan penggerak utama program-program dakwah ialah pelajar perubatan yang mempunyai komitmen belajar yang mendesak.

Peluang dakwah di Ireland boleh diumpamakan seperti free market, tetapi malangnya persatuan-persatuan pelajar kelihatan masih kurang matang dalam meluaskan pasaran dakwah masing-masing. Sejumlah besar persatuan menumpukan sasaran dakwah kepada golongan tertentu sahaja, malah kita melihat muka-muka yang sama sahaja menjadi penggerak mahupun peserta dalam program-program. Kesannya, banyak tenaga yang dibazirkan sedangkan hasilnya tidak seberapa. Banyak lagi kumpulan target di luar sana yang tidak mampu dicapai oleh persatuan-persatuan ini. Satu realiti pahit yang terpaksa kita telan ialah budaya hedonisme dan sikap “aku tak pedulisme” terus menular di kalangan golongan terpilih yang belajar di luar negara. Konsert, gig dan pergaulan bebas terus berleluasa. Mereka hanyut dengan aktviti yang tidak membuahkan ilmu, malah merupakan penghinaan terhadap tahap intelek mereka sendiri. Apa yang lebih menyedihkan, persatuan-persatuan Islam hanya dilihat sebagai kelab-kelab kecil yang tiada upaya menyampaikan risalah Islam dengan bahasa dakwah yang sesuai dengan pemikiran golongan intelek ini. Antara sebabnya, gerakan dakwah belum lagi menjadi satu gerakan arus perdana atau fenomena yang mampu menarik sesiapa sahaja menyertainya.

Menyusuri jalan dakwah di bumi Ireland ibarat meneruskan kerja-kerja terbengkalai yang ditinggalkan oleh orang terdahulu. Kitarannya cukup deras hingga memaksa aktivis-aktivis yang baru berjinak-jinak menggalas tugas dakwah ini perlu cepat beradaptasi dan membaca suasana. Jika, mereka masih lagi terikut-ikut dengan tradisi lama persatuan tanpa banyak soal, maka gerakan dakwah akan terus dipandang rendah oleh masyarakat. Tuntasnya, golongan mahasiswa yang berkesedaran perlu berpijak di bumi nyata. 5 atau 6 tahun berada di luar negara hanyalah tempoh transisi. Oleh itu, kita hendaklah berpandangan jauh dan setiap perancangan hendaklah berdasarkan situasi negara kita yang kita sama-sama akan mencurahkan khidmat bakti kita. Seiring dengan gagasan 1Malaysia, gerakan dakwah sepatutnya menuju ke arah kerangka kesatuan gerak kerja. Tumpuannya bukan sahaja kepada orang Islam tetapi juga kepada bukan Islam. Dengan kefahaman yang kukuh dan organisasi yang teratur, insya-Allah akan merealisasikan firman Allah yang bermaksud:

“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung.” (al-Imran 3:104)

Afiq Izzudin A. Rahim
President of PPIMI 09-10
Medical Student of RCSI
afiqizzudin.wordpress.com





Ÿ Dilahirkan di Kuala Lumpur dan memulakan pendidikan sekolah rendah serta dibesarkan di  Shah Alam. Mendapat pendidikan menengah di SMK (Agama) Tok Jiring, Kuala Terengganu (1988-1990) dan seterusnya di Kolej Islam Sultan Alam Shah, Kelang (1991-1992).

Ÿ Beliau sempat mengikuti kursus bahasa Arab selama beberapa bulan di KUSZA (Universiti Darul Iman) sebelum melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana Muda di Universiti Ibnu Tofail, Kenitra, Morocco dalam bidang Pengajian Islam dibawah tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam pada tahun 1993.

Ÿ Sepanjang pengajiannya diperingkat ijazah, beliau pernah dilantik sebagai Bendahari, Setiausaha Agung serta Presiden Persatuan Mahasiswa Malaysia di Morocco (PMMM).

Ÿ Sebaik sahaja menamatkan ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian pada tahun 1997, beliau menyambung pula pengajiannya diperingkat Sarjana dalam bidang Pentadbiran Perniagaan (Masters of Business Administration) di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam. Selepas itu beliau mengambil pula diploma dalam bidang analisis pelaburan (Investment Analysis) di Research Institute of Investment Analysts (RIIAM) di Bursa Malaysia dengan kerjasama Royal Melbourne Institute Of Technology, Australia.

Ÿ Beliau memulakan kariernya dalam bidang khidmat sosial dan pembasmian kemiskinan di bandar dengan bertugas sebagai perunding (consultant) di Yayasan Harapan di Kuala Lumpur sebelum beralih ke bidang pendidikan. Mula berkhidmat sebagai pensyarah program Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Perbankan Islam) di Jabatan Kewangan dan Insurans, Fakulti Pengurusan Perniagaan, UiTM semenjak tahun 2000.

Ÿ Bermula September 2006, beliau meneruskan pula pengajiannya diperingkat Ijazah Kedoktoran (PhD) di Universiti Yarmouk, Irbid, Jordan dalam bidang Ekonomi dan Perbankan Islam di bawah tajaan bersama UiTM dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Malaysia dan dijangka menamatkan pengajiannya pada Ogos 2010. InsyaAllah.

Ÿ Di samping menjadi penasihat Syariah kepada Lujnah Sedeqah dan Zakat Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia (MPPM) di Jordan, beliau turut aktif menyampaikan kuliah tafaqquh mingguan dalam bidang aqidah, feqah dan juga ekonomi Islam kepada penuntut-penuntut Malaysia di Irbid. Beliau juga sempat menulis sebuah kitab bertajuk Tafsir Ayat-Ayat al-Quran berkaitan Puasa di Bulan Ramadhan yang diterbitkan di Jordan pada tahun 2008 yang lalu. Kini beliau dalam proses menyiapkan pengajian di dalam Phd dengan tajuk disertasi PhD beliau ialah: "Resolusi Majlis Penasihat Syariah Yang Bercanggah Dengan Resolusi Majma' Fiqh Islami Serta Kesannya Terhadap Kewangan Islam: Kajian Kes Malaysia "


teratak mu'tah



PERTAMA kali ke-3 telah berlangsung dengan jayanya pada tahun lepas di bumi Irbid,maka tahun ini menyaksikan giliran Mu’tah menjadi tuan rumah kepada PERTAMA kali ke-4. Dataran Mu’tah dijangka akan menyambut sekitar 248 peserta PERTAMA dari mantiqah Irbid,Amman dan Mafraq. Satu jumlah yang besar untuk ditampung bagi warga Mu’tah namun begitu InsyaALLAH pihak kami akan cuba menyediakan penempatan yang terbaik buat semua peserta luar selain mantiqah Mu’tah merangkap tetamu kami.Para peserta akan ditempatkan di rumah pelajar Mu’tah sendiri selama satu malam dengan harapan menjalin hubungan yang lebih akrab antara pelajar Malaysia dari pelbagai mantiqah.Semoga kesejukan dan dingin musim syita' menjadikan kita semua lebih tabah dan bersemangat untuk menghadiri PERTAMA kali ke-4.



Newer Posts Older Posts Home