Blogger Template by Blogcrowds



Ÿ Dilahirkan di Kuala Lumpur dan memulakan pendidikan sekolah rendah serta dibesarkan di  Shah Alam. Mendapat pendidikan menengah di SMK (Agama) Tok Jiring, Kuala Terengganu (1988-1990) dan seterusnya di Kolej Islam Sultan Alam Shah, Kelang (1991-1992).

Ÿ Beliau sempat mengikuti kursus bahasa Arab selama beberapa bulan di KUSZA (Universiti Darul Iman) sebelum melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana Muda di Universiti Ibnu Tofail, Kenitra, Morocco dalam bidang Pengajian Islam dibawah tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam pada tahun 1993.

Ÿ Sepanjang pengajiannya diperingkat ijazah, beliau pernah dilantik sebagai Bendahari, Setiausaha Agung serta Presiden Persatuan Mahasiswa Malaysia di Morocco (PMMM).

Ÿ Sebaik sahaja menamatkan ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian pada tahun 1997, beliau menyambung pula pengajiannya diperingkat Sarjana dalam bidang Pentadbiran Perniagaan (Masters of Business Administration) di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam. Selepas itu beliau mengambil pula diploma dalam bidang analisis pelaburan (Investment Analysis) di Research Institute of Investment Analysts (RIIAM) di Bursa Malaysia dengan kerjasama Royal Melbourne Institute Of Technology, Australia.

Ÿ Beliau memulakan kariernya dalam bidang khidmat sosial dan pembasmian kemiskinan di bandar dengan bertugas sebagai perunding (consultant) di Yayasan Harapan di Kuala Lumpur sebelum beralih ke bidang pendidikan. Mula berkhidmat sebagai pensyarah program Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Perbankan Islam) di Jabatan Kewangan dan Insurans, Fakulti Pengurusan Perniagaan, UiTM semenjak tahun 2000.

Ÿ Bermula September 2006, beliau meneruskan pula pengajiannya diperingkat Ijazah Kedoktoran (PhD) di Universiti Yarmouk, Irbid, Jordan dalam bidang Ekonomi dan Perbankan Islam di bawah tajaan bersama UiTM dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Malaysia dan dijangka menamatkan pengajiannya pada Ogos 2010. InsyaAllah.

Ÿ Di samping menjadi penasihat Syariah kepada Lujnah Sedeqah dan Zakat Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia (MPPM) di Jordan, beliau turut aktif menyampaikan kuliah tafaqquh mingguan dalam bidang aqidah, feqah dan juga ekonomi Islam kepada penuntut-penuntut Malaysia di Irbid. Beliau juga sempat menulis sebuah kitab bertajuk Tafsir Ayat-Ayat al-Quran berkaitan Puasa di Bulan Ramadhan yang diterbitkan di Jordan pada tahun 2008 yang lalu. Kini beliau dalam proses menyiapkan pengajian di dalam Phd dengan tajuk disertasi PhD beliau ialah: "Resolusi Majlis Penasihat Syariah Yang Bercanggah Dengan Resolusi Majma' Fiqh Islami Serta Kesannya Terhadap Kewangan Islam: Kajian Kes Malaysia "


0 comments:

Newer Post Older Post Home