Blogger Template by Blogcrowds


“Serulah ke jalan Tuhanmu ( wahai Muhammad ) dengan hikmah dan kebijaksanaan serta nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka ( yang engkau serukan itu ) dengan cara lebih baik; sesungguhnya tuhanmu Dialah juga yang lebih mengetahui akan orang yang sesat daripada jalan-Nya dan Dialah juga yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk”

( an-Nahl : 125 )



“ Para pimpinan mahasiswa, sewajibnya memenuhkan ilmu di dada. Jadilah seorang mahasiswa yang ‘Multilingua’I, ‘Multitask’ dan ‘Multiskill’. Era dunia kini adalah peperangan minda dan bukan ketenteraan atau fizikal. Sesiapa yang hebat penguasaan mindanya adalah juara dan yang lemah akan ketinggalan. Apatah lagi jika kita berada dibaris hadapan sebagai pemimpin, kita perlu melengkapkan diri dan mempersiagakan perjuangan dengan persiapan yang secukupnya”

( Petikan ucapan YAB Dato’ Seri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia, sempena Konvensyen Kepimpinan Mahasiswa Islam ( ISCO 09 ), UiTM, Shah Alam )

PERSIDANGAN TAHUNAN MAHASISWA SEJORDAN ( PERTAMA KALI KE-4 )


Tema :

“ Dakwah & Realiti Mahasiswa Timur Tengah “

- Tema ini adalah rentetan daripada resolusi PERTAMA kali ke-3 iaitu : “Mempersonalitikan Diri Dengan Acuan Dan Paradigma Seorang Daie “

- Tema Ini juga bersesuaian dengan waqi’ serta kondisi Mahasiswa di Jordan yang terdiri daripada pelbagai jurusan seperti, Syariah, Bahasa Arab, Ekonomi Islam, Perubatan dan Pergigian.


Matlamat :

Melatih kesedaran dan memupuk profesionalisme mahasiswa dalam bidang dakwah masa kini.


Objektif :

· Membentuk Mahasiswa Jordan yang peka terhadap isu-isu dakwah di Malaysia secara diskusi ilmiah.

· Melahirkan pemikiran Mahasiswa yang matang dan kreatif dalam membawa haluan dakwah era kini.

· Menyatukan fikrah dan idea seluruh Mahasiswa Jordan terhadap penguasaan ilmu dakwah yang lebih professional dan efisyen.

· Memberi pengetahuan kepada Mahasiswa Jordan tentang reality dakwah di Malaysia.

Anjuran :

MAJLIS PERWAKILAN MALAYSIA JORDAN ( MPPMJ ) SESI 2009 / 2010

Sasaran :

Ø Semua Mantiqoh di Jordan ( Mu’tah, Amman, Irbid dan Mafraq )

Ø Semua Jurusan ( Syariah, Bahasa Arab, Ekonomi Islam, Perubatan dan Pergigian )

Ø Sasaran jumlah peserta : 300 orang

Penceramah Jemputan ( Cadangan ) :

1 ) Ustaz Hasrizal Abdul Jamil ( Saiful Islam.com )

2 ) Ustaz Maszlee Malik

Pelaksanaan :

* Tarikh : 12 – 13 Februari 2010

* Hari : Jumaat & Sabtu

* Tempat : Universiti Mu’tah, Karak, Jordan.

* Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang

Perjalanan Program :

v Program akan berlangsung selama 2 hari 1 malam. Program akan di rasmikan oleh TYT Dato’ Abdul Malek, Duta Besar Malaysia Jordan pada pagi Jumaat.

v Pengisian program : 5 pembentangan kertas kerja yang akan di bentangkan oleh pencermah jemputan dan 1 forum.

v Pada malam Jumaat, akan di tayangkan satu tayangan filem pendek.

v Setiap pembentangan kertas kerja, akan di tayangkan satu visual tentang tajuk pembentangan itu.

v Program akan di akhiri dengan setiap wakil mantiqoh memberi satu respon terhadap semua pengisian dan akan di bentuk satu resolusi.

ü SEGALA PERUBAHAN AKAN DI BERITAHU DI LAMAN SAWANG INI..SALAM JUANG BUAT SEMUA!!


Dalam meniti arus perubahan yang semakin mencengkam pemikiran umat manusia, dogma pemikiran baru menjadi harapan bagi golongan Mahasiswa untuk menjadi ‘front liner’bagi membawa masyarakat kearah yang lebih di redhoi oleh Allah swt.

Hakikat yang perlu kita teladani dalam sejarah cukup untuk membuktikan bahawa golongan pemuda adalah pemangkin dan ‘emas’ yang cukup berharga bagi sesebuah negara.

Malah jalan cerita dalam melahirkan golongan muda yang hebat, banyak di nukilkan di dalam al-Quran.

Allah s.w.t. berfirman yang maksudnya:

“Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk. Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: “Tuhan kami ialah Tuhan yang menciptakan dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain daripadanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran.”

(Al-Kahf : 13 – 14)

Maka tidak hairanlah apabila Sukoerna dengan lantang pernah mengungkapkan kata-kata keramat iaitu “ berikan aku 10 orang pemuda yang gagah perkasa, nescaya akan ku goncangkan dunia ini”.

Juga ketika mana Umar al-Khattab mengutuskan warkah kepada Amr bin al-‘As “Aku menghantarkan kepadamu 4004 orang tentera yang mana di dalamnya terdapat empat orang komander. Setiap seorang daripada mereka setaraf dengan 1000 orang

Menyedari akan peri pentingnya dalam melahirkan mahasiswa yang berjiwa kental serta kritis dan kreatif dalam pemikiran, juga kuat pegangannya terhadap Aqidah Islamiah, maka Majlis Perwakilan Pelajar Mahasiswa Jordan ( MPPMJ ) akan menganjurkan suatu acara tahunan iaitu ‘Persidangan Tahunan Mahasiswa Malaysia seJordan’ ( PERTAMA ) untuk kali yang ke-4.

Serba Ringkas Tentang PERTAMA.

Persidangan Tahunan Mahasiswa Malaysia seJordan atau lebih dikenali sebagai program PERTAMA telah diadakan buat kali pertamanya pada 27-29 Jun 2001 dengan telah berjaya menghasilkan beberapa resolusi yang melibatkan kebajikan mahasiswa Malaysia di Jordan, isu-isu semasa tanahair serta dunia ketika itu.

Setelah 6tahun berlalu, PERTAMA kali ke-2 pula menyusul pada 6-8 Februari tahun 2008 yang lalu. Banyak resolusi yang telah dihasilkan dan semuanya menjurus kearah memperkasakan lagi MPPM di mata ahli dan memperantarabangsakan MPPM di mata dunia.

Seterusnya, MPPM sesi 2008/2009 telah cuba membentuk satu jawatankuasa pelaksana bagi melaksanakan PERTAMA kali ketiga melalui Biro Pembangunan Minda dan Akademik(BPMA). Persidangan ini amat penting buat mahasiswa Malaysia di Jordan dan MPPM sendiri dalam usaha untuk mempertingkatkan tahap keintelektualan dan menggilap imej mahasiswa Malaysia di Jordan.

Justeru itu, dalam mencabar minda baru di era globalisasi, sekali lagi PERTAMA tampil dengan imej dan pendekatan yang baru sesuai dengan iklim politik dunia yang mahukan ‘approache’ yang ‘up to date’.

PERTAMA Itu Jadikan Kita Satu

Cerita menarik PERTAMA yang lepas cukup untuk membuktikan betapa Mahasiswa di Jordan bersidang dan berkumpul sebagai tanda peduli terhadap kejadian yang berlaku mutakhir kini.

Hakikat yang lebih menarik, di situlah tempat kembali sahabat-sahabat seJordan berkumpul dan merapatkan soff ukhuwwah.

Bukan sekadar bersidang, berbincang, bertukar pandangan, malah jauh dari sudut yang lain, ia menjadi satu ukuran buat dunia mahasiswa, bahawa ‘Kita Adalah Satu’!

Akhir bicara, jumpa kembali PERTAMA di Dataran Syuhada’, Mu’tah!

Nantikan bersama!!







PERTAMA Datang Lagi!!



Persidangan Tahunan Mahasiswa Sejordan(PERTAMA) merupakan sebuah persidangan tahunan MPPM yang dianjurkan oleh Biro Pembangunan Minda dan Akademik MPPMJ. Persidangan ini diadakan khusus kepada seluruh mahasiswa Malaysia Jordan yang dahagakan ilmu, input, dan sesuatu yang baru.

Kehidupan mahasiswa banyak dipengaruhi oleh masyarakat tempatan, suasana pembelajaran, dan sistem pembelajaran di Jordan. Pengaruh itu yang membentuk manusia. Keadaan ini begitu berbeza dengan keadaan di Malaysia. Keperluan masyarakat dan kehendak masyarakat itulah yang kita perlu tahu. Apatah lagi mereka memerlukan kita apabila kita pulang ke tanah air nanti.


Dakwah dan Realiti Mahasiswa Timur Tengah


Tema yang dipilih pada persidangan kali ini adalah Dakwah dan Realiti Mahasiswa Timur Tengah. Tema ini adalah rentetan kepada resolusi PERTAMA ke tiga iaitu Mempersonalitikan Diri Dengan Acuan Dan Paradigma Seorang Daie. Tema ini juga bersesuaian kepada seluruh mahasiswa Jordan yang terdiri daripada pelbagai jurusan iaitu Syariah, Bahasa Arab, Ekonomi Islam, Perubatan dan Pergigian.


PERTAMA kali ini akan disajikan dengan lima pembentangan kerja, satu forum dan perbahasan membentuk resolusi. Tajuk yang dipilih akan dimulakan dengan konsep Profesionalis dan Ustaz di dalam bidang dakwah. Peserta yang terdiri daripada 2 bidang yang besar ini akan difahamkan dengan kewajipan dakwah didalam setiap muslim tidak kira bidangnya.

Pembentangan diteruskan lagi dengan konsep dakwah di Malaysia yang amat berbeza dengan uruf di sini. Kemudian, kita akan diterangkan bagaimana realiti dakwah di Malaysia itu sendiri. Pembentangan akan diakhiri dengan masalah-masalah, fitnah-fitnah yang akan ditempuhi oleh pendakwah berketepatan dengan hadith-hadith fitan si pendakwah.Forum pula akan membincangkan realiti dan kelebihan-kelebihan mahasiswa timur tengah yang patut disedari oleh mahasiswa.


Kesemua kertas kerja dan forum akan dibentangkan oleh gandingan 2 orang Ustaz iaitu ustaz Hasrizal Abdul Jamil atau lebih dikenali dengan saifulislam dan ustaz Maszlee Malik. Kedua-dua ustaz ini adalah bekas pelajar universiti di Jordan dan begitu terkenal di kalangan mahasiswa.


PERTAMA untuk Mahasiswa


Program ini bukan dijalankan bagi memenuhi kalendar program MPPM, ataupun memenuhi kehendak sesetengah pihak. Program ini adalah untuk mahasiswa, ahli-ahli MPPM dan peserta-peserta. Kejayaan sesuatu program bukanlah terletak pada “gempaknya” sesuatu program, bukannya pada siapa yang berceramah, bukannya pada makanan yang akan disajikan, tetapi kejayaan sesuatu program adalah pada apa yang mahasiswa dapat dan kesan pada mahasiswa itu pada masa akan datang


Dengan ini, saya menyeru mahasiswa seluruh Jordan bagi menyertai seterusnya menjayakan persidangan ini. Segala cadangan dan komentar dari mahasiswa amat kami perlukan. Segala maklumat dan informasi akan diiklankan di BLOG PERTAMA ini.


Sekian terima kasih.


Oleh Mohd Syafiq bin Md Shafii

Pengarah Program PERTAMA kali ke 4

Newer Posts Older Posts Home